Thursday, December 31, 2020

Sayonara 2020


 Assalamualaikum.

lagi beberapa jam kita akan melangkah ke tahun 2021.

Alhamdulillah, berjaya kita harungi tahun 2020 ini dengan norma baru .

Jom ikut saya imbas kembali foto-foto perjalanan saya harungi tahun 2020  ini.

sempat juga join panic buying, hahahahaa...walaupun memang kerja dekat dalam mall.


lastday kerja sebelum mco fasa pertama (18 march to 31 march)

Ini masa 1st time bos bagi set PPE untuk bankers, face mask & glove. Masa ni semua duit saya spray dengan dettol untuk sanitize. hahahahaa. 
masa ni jugalah harga face mask RM 35 sekotak pun sanggup beli.

Lapang jalan macam hari raya. saya pun frontliner juga tau. pergi kerja masa ni kena kena ada surat dari majikan. Tapi tak pernah pula jumpa abang polis, mungkin sebab jarak rumah dan tempat kerja kurang dari 10km. 

1st time sanitize office, kagum tengok abang bulan ni. full set PPE dia pakai.


skill baru, buat bookmark charm untuk pembeli buku. Saya buat sendiri tau.




Belajar online antara jadual kerja yang telah di atur untuk  'work from home' selain dari selfie kan. hihihii..

karipap challenge or epok-epok challenge among adik beradik dan makcik-makcik.


Antara menu yang berjaya masak sendiri, sebab masa pkp fasa pertama hingga ke 3 mak embun terperangkap dekat kampung .

satu-satunya pokok yang saya berjaya tanam sepanjang fasa pkp ni. pokok togey. hihihiii.

Berjaya juga hasilkan buku ni dalam pkp . Buku kompilasi 30 orang penulis tentang emak beserta resipi emak. InshaAllah dah siap, minggu depan akan saya pos kepada pembeli. 

Kenangan manis tahun ni, foto terpilih untuk pertandingan foto dewan bahasa dan pustaka . 

Norma baru raya tahun ni, ada sorang anak mak tak dapat balik raya tahun ni. so kita video call la di pagi raya .



Antara online meeting dan online class yang sempat saya masuk tahun ni.
berjaya juga jual gambar tahun ni, walaupun sendu jer harga dia. huhuhuu...

Tahun ni juga kami adik beradik berpakat bina semula rumah kebun peninggalan arwah abah. InshaAllah, bulan depan akan siap sepenuhnya. 

Alhamdullilah, sudah hampir ke penghujung tahun 2020. Apa-apa pun, tahniah cik mila, awak berjaya harungi tahun 2020 ini dengan sangat berjaya dan bergaya. walaupun beribu dugaan yang hanya awak sahaja yang tahu. 

Terima kasih sudi baca blogs saya . Moga 2021 membawa beribu rahmat dan rezeki kepada anda semua dan moga corona akan segera jumpa jalan pulangnya. aminnn.

SAYONARA 2020
WELCOME 2021 



Sunday, December 20, 2020

Sepagi di pasar terapung tasik dal

 





hawa sejuk yang mengigit setiap inci kulit pagi itu sangat membahagiakan. Misi yang lama saya pendam akan berakhir pagi ini. Berbekalkan sebuah telefon bimbit dan sebuah kamera saya beserta kawan-kawan sehobi yang lain berangkat menyusuri tasik dal bershikara (sampan traditional) menuju destinasi impian kami. 

Pasar terapung tasik dal .

Hari masih gelap . Seusai subuh tadi, alam masih meriah dengan gema suara imam musola-musola berdekatan rumah bot kami mengalunkan tasbih dan tahmid bersahut-sahutan. Biasanya kemeriahan itu akan berakhir setelah hari cerah sekitar jam 7 atau 8 pagi setiap hari . Memang tak bagi peluang la kau nak tidur sampai tengah hari , sebab alunan tasbih dan tahmid yang bersahutan itu pastinya membuat kau rasa kurang selesa dan bersalah kalau tak bangun solat subuh .

Semakin jauh shikara menyusur meninggalkan rumah bot, semakin sayup kedengaran suara tasbih dan tahmid tadi. kini kami disapa dengan bunyi kicauan burung dan ungkas sekitar tasik pula. Wap sejuk yang bertukar menjadi kabus putih yang naik dari permukaan tasik begitu mengasyikkan mata . Lagaknya seperti di dalam filem misteri dimana kami akan menyusuri daerah asing di balik kepulan kabus putih yang menjanjikan pemandangan surga disebaliknya .  

kawanan burung bangau yang kami jumpa ditengah-tengah tasik dal .


kabus tebal yang menyapa kami pagi itu .

Sebenarnya kami sudah agak kesiangan ketika tiba di pasar, walaupun jam baru menunjukkan jam 7 pagi . Ramai peniaga dan pengunjung yang sudah beransur-ansur pulang . Mungkin disebabkan mereka berada di dalam situasi 'lockdown' dimana segala aktiviti perniagaan hanya boleh di lakukan sebelum jam 10 pagi . Sudah pasti mereka perlu keluar awal memulakan aktiviti harian.

Ya, kami masuk ke kashmir ketika mereka di dalam situasi perintah berkurung (lockdown) yang dikenakan untuk mengawal rusuhan kaum diantara muslim dan hindu di sana . Setiap ceruk kampung dan bandar di kashmir dipenuhi dengan tentera dan polis yang berkawal lengkap bersenjata. Selain itu terdapat juga gelung-gelung dawai besi yang melingkari kawasan-kawasan panas dan yang paling menyeksakan talian internet seluruh khasmir juga di hentikan . Pendek kata, segala aktiviti hubungan moden terhenti buat kami di sana , umpamanya kami memasuki ke era zaman 80an, dimana tidak ada aktiviti upload gambar di instagram atau facebook sepanjang kami di sana. Huhuhuu...

seperti pasar-pasar di seluruh dunia, disini juga merupakan pusat jualan langsung dan pukal barangan basah keperluan harian masyarakat. sempat juga saya berbual dengan salah seorang pembeli disana. Rupanya dia datang ke pasar tersebut untuk mendapatkan bekalan sayur dan buah untuk dijual dikedainya di bandar .


 tokey kedai di bandar juga perlu mendayung perahu untuk mendapatkan bekalan jualannya.


 


Aktiviti jual beli sedang berlangsung, mereka masih menggunakan alat timbang tradisional . Buah pear tu sangat manis dan sedap. sampai kehari ini masih terasa di lidah manisnya. Sempat juga la saya beli sekilo pear tu buat alas perut. hihihii.

Tokey tengah memborong .


berehat sambil berborak setelah habis jualan.

Para pedagang dan pembeli beransur-ansur pulang .




kalau kalian perasan dari gambar-gambar diatas , majoriti peniaga dan pembeli di pasar ini terdiri dari kaum lelaki . ini adalah budaya mereka, dimana segala urusan luar rumah akan di lakukan lelaki, manakala urusan rumah tangga akan dilakukan oleh para wanita. mereka sangat menitik beratkan keselamatan kaum wanita mereka. hinggakan kita perlu meminta izin kepada wali/penjaga sang wanita untuk mengambil gambar mereka . 

tapi biasalah. yang di larang itu la yang kami cari. tak boleh shoot terang-terang, kita shoot sorok-sorok. contohnya gambar ni . saya shoot menggunakan tele lens yang berupaya merakam gambar dari jarak jauh .

kelibat wanita hanya kelihatan setelah para pedagang beredar meninggalkan pasar . apa lagi, masing-masing pun standby camera la . 1...2...3..snap..

Ada satu peristiwa lucu berlaku. Kami diekori seorang penjual benih bunga dari mula sampai di pasar hinggalah kami pulang ke rumah bot . 

Sehinggakan salah seorang dari kami terpaksa membeli benih bunga yang dijualnya semata-mata untuk menyuruh dia pulang . 

Gigih tak gigih la dia ni. pelbagai teknik digunakan untuk memujuk kami membeli hasil jualan nya. Antara teknik yang di gunakan adalah memberi secara percuma bunga kepada setiap wanita di dalam group kami . hihihiii.

Dah alang-alang camera ditangan, apa lagi, snap la satu foto abang bunga ni . 

 

jadi model pun boleh mamat ni .



 sekitar jam 9 pagi kami berangkat pulang ke rumah bot  . Barulah perasan kami belum pun bersarapan sejak subuh tadi . Patutlah dah menyanyi perut ni. Automatic teringat roti khasmir cicah madu. Aduh, sedapnya.

sampai saja dari pasar kami  sambut dengan senyum manis pelayan rumah bot(butler) , akhil telah siap sedia hidang sarapan pagi kami, sebakul roti dan secawan kehwa (teh safron dan buah pelaga) yang sememangnya harum semerbak. tak main la teh boh kat sana . hihihii.. 





Sesungguhnya persona pasar terapung Kashmir memang tidak akan puas  untuk di rakam dengan gadget . Kehangatan , keramahan dan kecantikkannya adalah tersendiri. Pastinya saya akan ulang pergi lagi ke sini. InshaAllah. 


ok nanti saya sambung lagi cerita tasik dal . sementara tu saya belanja sikit foto  yang comel ni .